Nama sebenar Rentap ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap beberapa tindakan yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap sebagai lanun oleh pemerintahan Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban di sepanjang Sungai Sekrang kerana bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan yang dianggap lanun .
Pada tahun 1853 rentap telah mengetuai orang Iban yang cuba menyerang pasukan British di Sekrang yang diketuai oleh William BreretonRentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras perlanunan yang mana merupakan satu-satunya sumber pendapatan Rentap. malah Brooke juga mengganggu cara hidup Tradisional orang Iban yang mana mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerangkubu-kubu di sungai sekrang.
Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit diantara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee degan Lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu sunagi Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya.
Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinakan dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu sungai Sekrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah meraka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke ulu Sungai Entabia, cawangan Sunagi Kanowit dan meninggal di situ beberapa tahun kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan