Ayam (paling sedap ayam kampung) yang dimasak di dalam buluh amat popular di kalangan kaum iban dan bidayuh. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam memberi satu rasa kepada makanan tersebut. Selain ramuan-ramuan seperti bawang putih, bawang merah, cili, daun ubi dan bahan lain manambahkan keenakan manok mansuh.
Manok mansuh sangat sesuai dimakan ketika sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun bila-bila masa. Ia lebih sedap jika dimakan dengan nasi pulut atau lemang. Ia merupakan makanan yang harus dirasai sekiranya berkunjung ke Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan