Selasa, 23 Julai 2013

Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak merupakan kek yang paling popular di Sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan hari perayaan seperti Hari Raya, Gawai, Krismas, dan tidak ketinggalan Hari Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau panttern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mulamencipta corak kek itu. Harga kek bergantung kepada besar dam kemudahan untuk membuat kek tersebut. Semakin besar semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut, maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang ada dipasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal, aiskrim aneka, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan