Gunung Batu Lawi adalah
antara gugusan gunung yang terletak di Banjaran
Tama Abu,Bahagian Limbang, Sarawak dan mempunyai
ketinggian 2046 meter dari paras laut.Gunung
ini terletak di pedalaman Lawas ( hampir
100km dari pekan Lawas )."Twin Peak"
yang tersergam ditengah-tengah belantara
ini menampakkan lagi betapa "eksotik"nya
bentuk Gunung Batu Lawi.
Ia mempunyai dua puncak berkembar "Male
Peak" dan "Sister's Peak".Biasanya
penduduk tempatan akan mendaki ke Sister's
Peak ( kurang lebih 1900 meter dari paras
laut ) untuk mengadakan upacara tradisi.Gunung
ini lebih dikenali sebagai Gunung Batu "Laweh"
dikalangan penduduk tempatan.Pendakian ke
"Male Peak" memerlukan kamahiran
"rock climbing" dan mengambil
masa kurang lebih empat hari lagi untuk
sampai ke puncak.Sayangnya,Gunung Batu Lawi masih lagi belum mendapat title Taman Negara walaupon telah bertahun usaha dijalankan untuk memastikan kawasan Gunung Batu Lawi dipelihara dan diberi title "Reserved Area". Ini kerana industri pembalakan terlalu pesat di kawasan tersebut.Harap-harap usaha pihak berkenaan untuk mendapatkan title Taman Negara untuk kawasan Gunung Batu Lawi diluluskan agar kita sempat merasai keindahan Gunung Batu Lawi dan treknya yang masih "virgin".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan