Selasa, 23 Julai 2013

Gunung Batu Lawi

Gunung Batu Lawi adalah antara gugusan gunung yang terletak di Banjaran Tama Abu,Bahagian Limbang, Sarawak dan mempunyai ketinggian 2046 meter dari paras laut.Gunung ini terletak di pedalaman Lawas ( hampir 100km dari pekan Lawas )."Twin Peak" yang tersergam ditengah-tengah belantara ini menampakkan lagi betapa "eksotik"nya bentuk Gunung Batu Lawi.
Ia mempunyai dua puncak berkembar "Male Peak" dan "Sister's Peak".Biasanya penduduk tempatan akan mendaki ke Sister's Peak ( kurang lebih 1900 meter dari paras laut ) untuk mengadakan upacara tradisi.Gunung ini lebih dikenali sebagai Gunung Batu "Laweh" dikalangan penduduk tempatan.Pendakian ke "Male Peak" memerlukan kamahiran "rock climbing" dan mengambil masa kurang lebih empat hari lagi untuk sampai ke puncak.
Sayangnya,Gunung Batu Lawi masih lagi belum mendapat title Taman Negara walaupon telah bertahun usaha dijalankan untuk memastikan kawasan Gunung Batu Lawi dipelihara dan diberi title "Reserved Area". Ini kerana industri pembalakan terlalu pesat di kawasan tersebut.Harap-harap usaha pihak berkenaan untuk mendapatkan title Taman Negara untuk kawasan Gunung Batu Lawi diluluskan agar kita sempat merasai keindahan Gunung Batu Lawi dan treknya yang masih "virgin".



Gua Niah


Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.



Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak merupakan kek yang paling popular di Sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan hari perayaan seperti Hari Raya, Gawai, Krismas, dan tidak ketinggalan Hari Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau panttern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mulamencipta corak kek itu. Harga kek bergantung kepada besar dam kemudahan untuk membuat kek tersebut. Semakin besar semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut, maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang ada dipasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal, aiskrim aneka, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.




Manok Pansuh

Ayam (paling sedap ayam kampung) yang dimasak di dalam buluh amat popular di kalangan kaum iban dan bidayuh. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam memberi satu rasa kepada makanan tersebut. Selain ramuan-ramuan seperti bawang putih, bawang merah, cili, daun ubi dan bahan lain manambahkan keenakan manok mansuh.

Manok mansuh sangat sesuai dimakan ketika sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam mahupun bila-bila masa. Ia lebih sedap jika dimakan dengan nasi pulut atau lemang. Ia merupakan makanan yang harus dirasai sekiranya berkunjung ke Sarawak.



Isnin, 22 Julai 2013

Perjuangan Rentap

Nama sebenar Rentap  ialah Libau dan digelar 'Raja Darat' oleh masyarakat Iban. Rentap ialah ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang. Ia merupakan Pahlawan Iban yang terkenal. Kebangkitan penentangan Rentap adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati  terhadap beberapa tindakan yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah. Rentap dianggap  sebagai lanun oleh pemerintahan Brooke. Kemaraan British mencerobohi kawasan petempatan orang Iban  di sepanjang Sungai Sekrang kerana  bertujuan untuk menghapuskan penduduk tempatan  yang dianggap lanun .

           Pada tahun 1853 rentap telah mengetuai orang Iban yang cuba menyerang pasukan British di Sekrang yang diketuai oleh William BreretonRentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu sungai Sekrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras perlanunan yang mana merupakan satu-satunya sumber pendapatan Rentap. malah Brooke juga mengganggu cara hidup Tradisional orang Iban yang mana mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerangkubu-kubu di sungai sekrang.

          Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit diantara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee degan Lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu sunagi Sekrang. Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya.

          Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinakan dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di sungai Lang iaitu di ulu sungai Sekrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah meraka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam. kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke ulu Sungai Entabia, cawangan Sunagi Kanowit dan meninggal di situ beberapa tahun kemudian.



Kayan People


The Kayan are an indigenous tribe from the island of Borneo. The Kayan people are categorized as a part of the Dayak people of Borneo.
Being an indigenous tribe in central Borneo, Kayans are similar to their neighbors, the Kenyah tribe, with which they are grouped together under the Bahau ethnic group.
The population of the Kayan ethnic group may be some 27,000.[1] They are part of a larger grouping of people referred to collectively as the Orang Ulu, or upriver people. Like some other Dayak people they are known for being fierce warriors, former headhunters, adept in dry-rice cultivation, and having extensive tattoos and stretched earlobes amongst both sexes. They may have originated from along the Kayan river in the Indonesian part of Borneo. They live along the upper Kayan and the middle Kapuas and Mahakam rivers. They seem to have expanded to the south in Sarawak in historic times, generating some conflicts with the Iban that were expanding north at the same time. They have settled in Sarawak on the middle Baram River, the Bintulu River and along the Rajang River, having been pressed back a little during the late 19th century.
Their basic culture is similar to the other Dayak people of Borneo. Traditionally they live inlong houses on river banks. Their agriculture was based upon shifting cultivation techniques and the cultivation of dryland rice. They also cultivate sago, and go hunting and fishing. Their society knows aristocrats. They are known for good carvings and metalwork.


Empangan Bakun


Empangan Bakun adalah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.
Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.
Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Rancangan ini disebut-sebut di mesyurat negara ASEAN, tetapi tiada tindakan susulan lagi.