Sebuah Taman Negara yang beroperasi sejak 1957, Bako menjanjikan
pengenalan tepat mengenai hidupan liar dan alam semulajadi yang boleh
didapati di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian utara Semenanjung
Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak kecil, Bako menempatkan
pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan belukar, hutan bakau,hutan
dipterokarpa, tumbuhan cerunam bukit dan banyak lagi. Malah, di Bako
anda boleh menjumpai hampir kesemua jenis tumbuhan yang terdapat di
Borneo.Bako juga menempatkan pelbagai jenis hidupan liar serta kawasan
persisiran pantai yang menarik. Taman Negara ini juga dipenuhi trek
jarak dekat dan jauh yang mana ada diantaranya mengambil masa selama
sehari untuk dihabiskan. Tidak seperti Taman Negara lain, anda pasti
akan dapat melihat hidupan liar di Bako. Monyet-monyet macaque dan
monyet daun perak amat mudah dijumpai, babi hutan juga merupakan antara
yang mudah untuk dilihat kerana sering berkeliaran di pusat kawalan
serta biawak dan tupai juga banyak di sini. Anda juga berpeluang
menyaksikan monyet proboscis jika memilih trek seperti Telok Paku atau
Telok Delima, lebih-lebih lagi jika anda pergi pada lewat waktu tengah
hari. Peluang untuk berjumpa dengan haiwan-haiwan liar ini lebih cerah
sekiranya anda peka dan senyap ketika berjalan. Sebagai contoh, anda
akan dapat mendengar bunyi buah yang jatuh dari pokok dan di situ
kemungkinan terdapat beberapa monyet proboscis.
Kehidupan
tumbuhan di Bako adalah indah dan mudah dilihat. Setiap trek memiliki
pelbagai jenis tumbuhan, dari pokok dipterokarpa setinggi 80-meter
sehinggalah ke hutan bakau yang tebal. Pokok Pitcher sejenis tumbuhan
karnivor juga boleh dilihat di trek Lintang.
Bako juga memiliki
kawasan pantai yang indah sesuai untuk dijadikan tempat istirehat
diantara trek. Pantai terbaik di Bako merupakan Telok Pandan Kecil.
Selepas kira-kira sejam perjalanan dari trek Teluk Pandan Kecil, anda
akan tiba di sebuah kawasan berbatu. Pemandangan indah dari puncak serta
keinginan untuk terjun ke dalam air yang jernih cukup untuk
merenggangkan otot-otot yang keletihan akibat berjalan jauh. Perjalanan
selama 20-minit pun bakal menjadi lebih menarik. Pantai-pantai di sini
disempadani oleh batu kapur dan tebing curam batu pasir yang mempunyai
formasi menarik hasil pergerakan air laut seperti formasi Sea Stack yang
amat terkenal.
Sekiranya anda berjalan ketika matahari
terbenam di pantai Telok Assam berdekatan pusat kawalan utama, anda akan
berpeluang melihat burung layang-layang yang hinggap di sarang mereka
di atas batu di hujung pantai. Jangan tinggalkan pantai sebaik selepas
matahari terbenam di belakang Gunung Santubong. Tunggu kira-kira 20
minit kerana masa itulah warna langitnya akan berubah secara dramatic
dengan penuh warna-warni berlatarbelakangkan Gunung Santubong yang
tersergam indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan